Pada minggu ini,kami dikehendaki untuk membuat soalan kaji selidik secara online.Soalan ini di buat di www.surveymonkey.com . Sebanyak 10 soalan telah dibina untuk meminta pendapat dan pandangan daripada rakan-rakan yang lain berkaitan E-Learning dan Mobile Learning.Setelah mengumpul kesemua data yang diperolehi di survey monkey,saya dan pasangan kemudian telah menambah baik soalan-soalan.Soalan-soalan ini telah diperbaiki di 'google document'.Setelah berpuas hati dengan soalan-soalan tersebut,kami telah mencetak sebanyak 10 salinan untuk diagihkan kepada 10 orang responden dari pelbagai kelas.Alhamdulillah,kami juga berjaya mengutip kembali kesemua salinan yang diberikan. Kemudian,kami dikehendaki untuk memasukkan segala maklumat yang diperolehi ke dalam Statistical Package for Social Science atau lebih dikenali sebagai SPSS.

No comments:
Post a Comment