Thursday, 22 September 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Minggu pertama pembelajaran,saya dan rakan-rakan diarahkan untuk membuat pendaftaran kursus bagi kursus komputer dalam pendidikan.Kami semua telah didedahkan secara terperinci dengan kursus ini.Kami telah diberi pendedahan tentang etika ketika melayari internet, etika untuk menghantar emel dan juga etika sebagai guru.Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat. Berikut ialah proforma yang telah dibekalkan kepada kami sebagai panduan untuk menyelesaikan tugasan.