Thursday, 24 November 2011

minggu 9-10

Dengan tema multimedia dalam pendidikan,kami berasa seronok dengan pembelajaran minggu ini.Pertam sekali,kami diminta untuk meneroka tentang kegunaan Microsoft Paint,smart art Power Point,GIMP,online-google draw dan juga Openoffice Draw (OSS).Kami juga diminta untuk mencari perbezaan tentang format-format yang ada seperti JPEG,GIFF,TIFF,BMP,PNG dan WMF. Saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk memuat turun GIMP di http://www.gimp.org/windows/ .


Setelah puas meneroka,saya dan pasangan perlu mereka cipta brochure menggunakan Microsoft Publisher.Brochure yang ingin direka ini perlulah mempunyai kaitan dengan tajuk tugasan minggu pertama. Saya dan pasangan telah memilih untuk merekacipta brochure berkaitan Karnival ICT. Kreativiti yang tinggi diperlukan untuk mencipta brochure ini. 


Berikut adalah cara untuk membuat brochure. 









Berikut adalah cara untuk memasukkan gambar :



Dengan kreativiti yang ada,inilah hasil yang telah berjaya dilakukan oleh saya dan pasangan.Ini adalah format asal brochure.



Kami juga telah menukar kepada format PDF.



Selepas berjaya menyiapkan brochure,saya dan pasangan meneruskan tugasan minggu ini dengan membuat bookfold di Microsoft Words.








Inilah hasil booklet saya. 




Setelah siap,saya memuat naik ke dalam yahoo groups saya.




Thursday, 17 November 2011

minggu 7 dan 8

Pada minggu ke 7 dan 8 inilah saya merasakan tugasan begitu sukar. Hal ini kerana,saya tidak pernah mengetahui tentang apa itu Statistical Package for Social Science (SPSS).Kami semua dikehendaki untuk meneroka sendiri tentang fungsi-fungsi dan kelebihan menggunakan SPSS ini. Bagi peringkat permulaan,saya dan pasangan dikehendaki untuk mengisi segala data yang diperolehi melalui surveymonkey atau soal selidik yang kami edarkan.Segala maklumat seperti umur,jantina,kelas dan lain-lain dan juga jawapan yang diberikan harus direkodkan menggunakan SPSS. 



Setelah itu,kami perlu membuat jadual dan grap melalui SPSS.Konsep 'try and error' telah kami pegang sepanjang melakukan tugasan ini.Nampak mudah untuk melakukan jadual dan graf.Namun setelah melakukan sendiri,ternyata ianya agak sukar.Stelah beberapa kali percubaan,akhirnya kami berjaya membuat jadual dan graf berkaitan soal selidik.Berikut ialah contoh jadual dan graf yang telah kami berjaya lakukan. 




Setelah siap mengemaskini data,kami kemudian membuat laporan berkaitan kaji selidik yang kami telah jalankan.Laporan ini dibuat menggunakan OpenOffice.org Writer.Semua  yang telah kami lakukan sepanjang soal selidik ini dijalankan perlu dilaporkan.Kesemua jadual dan graf perlu dimasukkan di dalam laporan ini.Setelah selesai,laporan ini telah kami muat naik ke dalam yahoo group saya dan pasangan.