Tuesday, 27 December 2011

minggu 14

Pada minggu ini saya dan rakan perlu membuat tugasan kami yang terakhir iaitu database. Database ialah pangkalan data yang dibuat untuk menyimpan maklumat-maklumat pelajar.Saya telah menggunakan Openoffice database.

Database 

Mula-mula saya perlu membuka perisian Openoffice dan pilih database. 


Setelah itu,saya perlu menyimpan database yang dibuat.Berikut adalah cara untuk menyimpan database yang dipilih.Saya telah menamakan database tersebut sebagai sistem maklumat pelajar




Kemudian,saya mula membuat simpanan maklumat bermula dengan membuat jadual.


Saya memasukkan label seperti nombor matrik,nama pelajar dan sebagainya di dalam jadual. 


Seterusnya,saya menjadikan no-matrik sebagai primary key.Berikut adalah cara untuk menjadikan no-matrik sebagai primary key.


Langkah-langkah melabelkan dan menjadikan no-matrik sebagai primary key diulang-ulang untuk kesemua butir yang diperlukan.Saya telah membuat jadual ini kepada 4 butir iaitu :
  1. butir pelajar
  2. butir keluarga
  3. butir kurikulum
  4. butir kokurikulum


Setelah itu,saya membuat hubungan antara keempat-empat jadual.Ini akan memudahkan seseorang guru untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajar.Oleh kerana saya menggunakan no-matrik sebagai primary key pada setiap jadual,justeru apabila saya memasukkan sahaja no-matrik pelajar,segala maklumat berkaitan pelajar tersebut akan terpampang.Ini adalah kerana saya telah membuat hubungan antara jadual.



Untuk mengisi data pelajar,saya perlu membuat borang terlebih dahulu.Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat borang.







Setelah siap membuat borang,saya telah memasukkan maklumat yang berkaitan.Borang ini dibuat untuk kesemua butiran.Inilah contoh borang yang telah siap dimasukkan maklumat.


Saya kemudian membuat Query.Query ini dibuat berdasarkan jadual yang telah siap. Query ini juga sama seperti jadual yang mempunyai empat butiran iaitu pelajar,keluarga,kurikulum dan kokurikulum.


Dan ini adalah contoh Query yang telah siap. 


Kemudian,saya teruskan dengan dengan membuat laporan.Laporan juga perlu mempunyai empat butir yang sama seperti jadual dan Query. 


Berikut adalah contoh laporan yang telah siap. 


Setelah itu,saya telah memuat naik ke dalam yahoo groups.


Alhamdulillah.. Akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan.Walaupun agak sukar melakukan tugasan ini,namun saya percaya tugasan ini akan memberi kesenangan kepada saya kelak apabila sudah bergelar sebagai pendidik.

Monday, 19 December 2011

minggu 13

Pada minggu ini,kami telah belajar tentang spreadsheet.Terdapat dua Spreadsheet yang diajar iaitu Calc dan Excel.Calc terdapat di Openoffice.org manakala Excel terdapat di Microsoft.

Openoffice.org

 Bagi penggunaan OpenOffice ini,kami diminta untuk melakukan pengurusan kewangan bagi bulan Januari hingga Disember pada tahun 2011.

 
Pilih spreadsheet bagi langkah pertama untuk membuat pengurusan kewangan.

 
Setiap cell telah saya isi dengan label-label yang dikehendaki seperti baki minggu akhir,jumlah pendapatan dan sebagainya.Jika diperhatikan,label tidak berada betul-betul di dalam cell.Justeru,saya telah memilih untuk format cell. 
 Inilah hasil selepas saya format cell.Label tersebut berada dalam kedudukan yang elok. 



Kemudian,saya mengisi satu label pada setiap satu cell.Setelah selesai melabel,saya mengisi segala maklumat seperti perbelanjaan,penerimaan wang dan sebagainya.Untuk memudahkan saya mengira,saya telah melakukan pengurusan kewangan ini pada setiap minggu bagi setiap bulan.

 
Oleh kerana Calc ini membekalkan cara mudah untuk mengira segala maklumat yang dimasukkan,saya telah mengaplikasikan cara tersebut.Cara tersebut ialah dengan memasukkan formula. 

Formula untuk mengira jumlah perbelanjaan :
 

Formula untuk mengira baki akhir :
 

Formula bagi menentukan baki minggu lepas :
 
Formula-formula yang telah digunakan ini telah mempercepatkan kerja saya dan menjimatkan masa.Cara dan formula ini telah saya praktikkan untuk membuat pengurusan kewangan pada setiap bulan sehinggalah Disember 2011. 


MICROSOFT EXCELL



Setelah menyiapkan pengurusan kewangan,saya kemudian diarahkan untuk membuat keputusan peperiksaan bagi kelas yang diajar menggunakan Microsoft Excell. Saya perlu berimaginasi sebentar kerana belum pernah mengajar di sekolah.Saya telah memilih kelas pelajar tingkatan tiga. Permulaan bagi tugasan ini,saya melabelkan setiap cell untuk memudahkan saya memahami tentang rekod tersebut.Saya memulakan dengan nama pelajar,setiap mata pelajaran beserta markah dan gred,jumlah markah,purata dan kedudukan. 

 

Setelah itu,saya telah memasukkan nama 22 orang pelajar saya. 

Setelah memasukkan markah dan gred bagi setiap subjek.Untuk menentukan gred,saya telah menggunakan formula :
  • define name / range
  • Vlookup 
Setelah siap untuk semua subjek,saya meneruskan pula dengan kiraan jumlah markah.Saya telah memasukkan formula untuk mempercepatkan kerja.



 Saya juga telah menggunakan formula  :
  • average
  • Rank
Bagi mengira jumlah pelajar bagi setiap gred untuk kesemua mata pelajaran,saya telah menggunakan formula :
  • COUNTIF
Inilah hasilnya :



Kemudian,saya meneruskan lagi tugasan dengan membuat graf pada helaian kedua.Graf ini dibuat bagi setiap subjek.


Dan,inilah rekod peperiksaan pelajar-pelajar saya.


Saya juga telah memuat naik tugasan minggu ini di yahoo groups.




Saturday, 17 December 2011

minggu 11-12

Saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki untuk membuat slide bagi pembentangan.Kami mempunyai dua tugasan iaitu tugasan 7a dan tugasan 7b.Setiap maklumat bagi Impress iaitu tugasan 7a,kami perolehi daripada tugasan 5 manakala tugasan 7b iaitu powerpoint,kami perlu mengambil maklumat daripada tugasan 1.

tugasan 7a


Bagi tugasan ini,saya perlu menggunakan Impress untuk membuat slide bagi pembentangan.Impress adalah salah satu fungsi yang terdapat di Openoffice.org.Berikut adalah gambar untuk menunjukkan cara-cara secara    ringkas sahaja untuk menggunakan impress.






Setelah mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan pada setiap slide,akhirnya tugasan 7a ini dapat disiapkan.


Seterusnya,saya meneruskan tugasan dengan tugasan 7b.

Tugasan 7b


Tugasan 7b ini memerlukan saya menggunakan Microsoft Powerpoint.Namun,bukannya saya perlu membuat powerpoint seperti yang biasa dilakukan.Saya perlu memasukkan lagu,animasi dan sebagainya.

Ini adalah hasil kerja saya dan pasangan untuk powerpoint.



Setelah siap,saya telah memuat naik ke dalam yahoo groups.



Selain itu,saya juga telah membuat video menggunakan windows live movie maker dan mengedit lagu menggunakan audacity.


Ini adalah video yang direka oleh saya dan pasangan.


Video yang mempunyai lagu hasil daripada audacity tidak dapat dimuat naik di blog ini.Seribu kemaafan dipohon.