Monday, 19 December 2011

minggu 13

Pada minggu ini,kami telah belajar tentang spreadsheet.Terdapat dua Spreadsheet yang diajar iaitu Calc dan Excel.Calc terdapat di Openoffice.org manakala Excel terdapat di Microsoft.

Openoffice.org

 Bagi penggunaan OpenOffice ini,kami diminta untuk melakukan pengurusan kewangan bagi bulan Januari hingga Disember pada tahun 2011.

 
Pilih spreadsheet bagi langkah pertama untuk membuat pengurusan kewangan.

 
Setiap cell telah saya isi dengan label-label yang dikehendaki seperti baki minggu akhir,jumlah pendapatan dan sebagainya.Jika diperhatikan,label tidak berada betul-betul di dalam cell.Justeru,saya telah memilih untuk format cell. 
 Inilah hasil selepas saya format cell.Label tersebut berada dalam kedudukan yang elok. 



Kemudian,saya mengisi satu label pada setiap satu cell.Setelah selesai melabel,saya mengisi segala maklumat seperti perbelanjaan,penerimaan wang dan sebagainya.Untuk memudahkan saya mengira,saya telah melakukan pengurusan kewangan ini pada setiap minggu bagi setiap bulan.

 
Oleh kerana Calc ini membekalkan cara mudah untuk mengira segala maklumat yang dimasukkan,saya telah mengaplikasikan cara tersebut.Cara tersebut ialah dengan memasukkan formula. 

Formula untuk mengira jumlah perbelanjaan :
 

Formula untuk mengira baki akhir :
 

Formula bagi menentukan baki minggu lepas :
 
Formula-formula yang telah digunakan ini telah mempercepatkan kerja saya dan menjimatkan masa.Cara dan formula ini telah saya praktikkan untuk membuat pengurusan kewangan pada setiap bulan sehinggalah Disember 2011. 


MICROSOFT EXCELL



Setelah menyiapkan pengurusan kewangan,saya kemudian diarahkan untuk membuat keputusan peperiksaan bagi kelas yang diajar menggunakan Microsoft Excell. Saya perlu berimaginasi sebentar kerana belum pernah mengajar di sekolah.Saya telah memilih kelas pelajar tingkatan tiga. Permulaan bagi tugasan ini,saya melabelkan setiap cell untuk memudahkan saya memahami tentang rekod tersebut.Saya memulakan dengan nama pelajar,setiap mata pelajaran beserta markah dan gred,jumlah markah,purata dan kedudukan. 

 

Setelah itu,saya telah memasukkan nama 22 orang pelajar saya. 

Setelah memasukkan markah dan gred bagi setiap subjek.Untuk menentukan gred,saya telah menggunakan formula :
  • define name / range
  • Vlookup 
Setelah siap untuk semua subjek,saya meneruskan pula dengan kiraan jumlah markah.Saya telah memasukkan formula untuk mempercepatkan kerja.



 Saya juga telah menggunakan formula  :
  • average
  • Rank
Bagi mengira jumlah pelajar bagi setiap gred untuk kesemua mata pelajaran,saya telah menggunakan formula :
  • COUNTIF
Inilah hasilnya :



Kemudian,saya meneruskan lagi tugasan dengan membuat graf pada helaian kedua.Graf ini dibuat bagi setiap subjek.


Dan,inilah rekod peperiksaan pelajar-pelajar saya.


Saya juga telah memuat naik tugasan minggu ini di yahoo groups.




No comments:

Post a Comment