Tuesday, 27 December 2011

minggu 14

Pada minggu ini saya dan rakan perlu membuat tugasan kami yang terakhir iaitu database. Database ialah pangkalan data yang dibuat untuk menyimpan maklumat-maklumat pelajar.Saya telah menggunakan Openoffice database.

Database 

Mula-mula saya perlu membuka perisian Openoffice dan pilih database. 


Setelah itu,saya perlu menyimpan database yang dibuat.Berikut adalah cara untuk menyimpan database yang dipilih.Saya telah menamakan database tersebut sebagai sistem maklumat pelajar




Kemudian,saya mula membuat simpanan maklumat bermula dengan membuat jadual.


Saya memasukkan label seperti nombor matrik,nama pelajar dan sebagainya di dalam jadual. 


Seterusnya,saya menjadikan no-matrik sebagai primary key.Berikut adalah cara untuk menjadikan no-matrik sebagai primary key.


Langkah-langkah melabelkan dan menjadikan no-matrik sebagai primary key diulang-ulang untuk kesemua butir yang diperlukan.Saya telah membuat jadual ini kepada 4 butir iaitu :
  1. butir pelajar
  2. butir keluarga
  3. butir kurikulum
  4. butir kokurikulum


Setelah itu,saya membuat hubungan antara keempat-empat jadual.Ini akan memudahkan seseorang guru untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajar.Oleh kerana saya menggunakan no-matrik sebagai primary key pada setiap jadual,justeru apabila saya memasukkan sahaja no-matrik pelajar,segala maklumat berkaitan pelajar tersebut akan terpampang.Ini adalah kerana saya telah membuat hubungan antara jadual.



Untuk mengisi data pelajar,saya perlu membuat borang terlebih dahulu.Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat borang.







Setelah siap membuat borang,saya telah memasukkan maklumat yang berkaitan.Borang ini dibuat untuk kesemua butiran.Inilah contoh borang yang telah siap dimasukkan maklumat.


Saya kemudian membuat Query.Query ini dibuat berdasarkan jadual yang telah siap. Query ini juga sama seperti jadual yang mempunyai empat butiran iaitu pelajar,keluarga,kurikulum dan kokurikulum.


Dan ini adalah contoh Query yang telah siap. 


Kemudian,saya teruskan dengan dengan membuat laporan.Laporan juga perlu mempunyai empat butir yang sama seperti jadual dan Query. 


Berikut adalah contoh laporan yang telah siap. 


Setelah itu,saya telah memuat naik ke dalam yahoo groups.


Alhamdulillah.. Akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan.Walaupun agak sukar melakukan tugasan ini,namun saya percaya tugasan ini akan memberi kesenangan kepada saya kelak apabila sudah bergelar sebagai pendidik.

No comments:

Post a Comment