Kemudian,saya meneruskan tugasan dengan membuka akaun gmail.Akaun ini dibuka bagi memudahkan urusan penulisan blog.Seperti di yahoo mail, saya juga perlu membuat signature di gmail.Emel saya bagi akaun google ialah nurasyikin.1003@gmail.com
Selain itu,bagi setiap signature,saya dikehendaki meletakkan maklumat seperti nama penuh,fakulti,program yang diambil,nama universiti dan juga nombor telefon. Setelah siap mengemas kini maklumat,saya menghantar emel dengan penuh beretika kepada koordinator program iaitu Dr.Siti Fatimah Bt Mohd Yassin dan juga kepada pensyarah bagi kumpulan s1k4 iaitu Pn.Norhafizah Bt Adnan. Etika ketika menghantar emel telah ditegaskan banyak kali oleh Dr.Siti Fatimah.
Dengan penggunaan yahoo id,saya telah menyertai yahoo group yang diasaskan oleh Dr.Siti Fatimah.Dengan membuka pautan http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 ,saya telah membuat permohonan untuk menyertai group tersebut.Setelah mendapat kelulusan daripada Dr.Fatimah untuk menyertai group,mulai saat tersebut,saya boleh mengetahui segala maklumat yang dibincangkan di dalam yahoo group.Ini adalah satu kelebihan yahoo group.Kemudian,saya dikehendaki meletakkan maklumat-maklumat diri sebagai ahli.Ini untuk memudahkan pensyarah memantau setiap pelajar samaada melakukan tugasan yang diberikan ataupun tidak.Saya dan ahli kumpulan saya iaitu Atika Shaffika Bt Nasarudin juga telah meletakkan maklumat diri untuk mengesahkan bahawa tajuk tugasan yang diberikan telah dipilih.Kami telah memilih tajuk E-learning and Mobile learning.
Seterusnya,saya juga telah membuka akaun yahoo group sendiri.Ini adalah kerana untuk memberi pendedahan yang mendalam tentang kegunaan yahoo group.Ini adalah yahoo group saya http://groups.yahoo.com/group/
Bagi pembukaan akaun facebook,saya telah menggunakan nama Nur Syikin Rashid.Ini adalah kerana nama penuh saya iaitu Nur Asyikin Bt Abd Rashid tidak dapat diterima oleh sistem.Setelah menceritakan masalah kepada Dr.Siti Fatimah,beliau mencadangkan agar saya menggunakan nama Nur Syikin Rashid.Saya juga telah membuat facebook group.Saya telah mengajak rakan-rakan sekumpulan,pensyarah dan juga koordinator untuk menyertai kumpulan yang dibuat oleh saya ini.Nama facebook group saya ialah a138252s1k4(Nur Asyikin bt Abd Rasyid-Pendidikan Khas).Group ini dibina bertujuan untuk mengadakan perbincangan sesama ahli kumpulan.
Akhir sekali,saya perlu membuat blog saya sendiri.Blog ini adalah untuk menceritakan pengalaman,dan juga perassan saya untuk setiap minggu.Blog ini perlu dikemas kini setiap minggu setelah selesai menghadiri kelas komputer dalam pendidikan ini.Pautan blog saya adalah seperti berikut http://nurasyikinabdrashid.
No comments:
Post a Comment